Tangkapan Dilakukan, Nur Farah Kartini Mangsa Hilang Ditemui Mati Dibunuh

farah kartini

Allahu, Al-Fatihah buat Nur Farah Kartini yang telah dijumpai meninggal dunia. Farah sebelum ini dilaporkan hilang sejak Rabu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Terkini, jasad Farah yang sudah lagi tidak bernyawa ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Farah Kartini dipercayai telah dibunuh…

Farah yang baru sahaja berusia 25 tahun itu ditemui kira-kira jam 6 petang tadi dan dipercayai dibunuh dengan individu dikenalinya.

Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Setakat ini pihak polis masih melakukan siasatan untuk mendapatkan motif pembunuhan.

Untuk pengetahuan korang, Farah merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berasal dari Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *