Sekarang ni memang musim kanak-kanak termakan racun dalam kebun ke? Racun yang diletak pada awalnya untuk perangkap monyet atau binatang perosak tapi lain pula yang jadinya. Itulah apa yang berlaku kepada seorang lagi remaja lelaki berusia 13 tahun yang pengsan selepas makan biskut beracun di kebun pisang.
Kejadian itu berlaku di Kampung Air Puteh, Kemaman di mana mangsa, Mohd Daynail Haikal Alias dikejarkan ke Klinik Kesihatan Air Puteh dan dirujuk ke Hospital Kemaman untuk terima rawatan segera.
Isteri saya, Roslina Ahmad, ada menghubungi dan memaklumkan anak pengsan selepas termakan makanan beracun.
Syukur anak saya semakin pulih. Saya harap dia cepat sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital. – Kata bapa mangsa, Alias Saras.
Difahamkan, mangsa ketika itu bersama seorang rakannya untuk pergi memancing. Mereka kemudian melalui sebuah kebun pisang dan kelapa yang terletak 3km dari rumah. Mangsa kemudian mengambil biskut yang tergantung di atas sebatang kayu.
Sebelum ini, dua adik beradik berusia 2 dan 3 tahun telah meninggal dunia selepas termakan keropok beracun yang diambil di dalam kebun.
Kredit: Berita Harian