Baru-baru ini tular di laman TikTok satu video yang memaparkan screenshot mesej yang dihantar oleh influencer dikenali ramai iaitu Aisyah Hijanah telah pun menarik perhatian netizen.
Di dalam video tersebut dapat dilihat bahawa Aisyah memohon agar individu yang menyebarkan bukti-bukti dirinya yang dipukul dipadam kesemuanya kerana keadaan sudah makin tidak terkawal.
Sesetengah netizen meluahkan rasa kasihan terhadap Aisyah yang terpaksa mendiamkan diri jika benar suaminya, Alif Teega mengasari dirinya.
Lantaran itu, ada juga beberapa netizen yang syak bahawa mesej yang dihantar itu bukan ditulis oleh Aisyah tetapi orang lain.
Tapi bukan ke Aisyah selalu bahasakan diri dia pakai nama dia??
Saya2 tu selalunya Alif sebab Aisyah akan bahasakan diri dia Aisyah..
Sumber: TikTok