Terlalu Rindu, Akhirnya Noh Salleh Dedah Wajah Musa

Penyayi Noh Salleh baru-baru ini berkongsi di Instagramnya, setelah sekian lama, akhirnya dia memuat naik wajah anak angkatnya iaitu Musa yang kelihatan sungguh comel.

Dapat dilihat dari gambarnya yang dimuat naik, Noh sedang mendukung anak lelakinya itu.

Di kapsyen gambar tersebut, Noh meluahkan rasa rindunya dan berharap satu hari nanti mereka dapat disatukan semula agar Musa dapat merasakan kasih sayang seorang bapa yang sebenar-benarnya.

Selamat hari jadi kedua Musa Mohammad Noh. Rindu benar bapak dengan kamu.

Allah sahaja tahu betapa sakit menahan rindu mahu jumpa.

Semoga Allah satukan kita nanti jadi kamu dapat layanan seorang bapa yang betul.

Sebelum ini, Noh Salleh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman membuat pengumuman bahawa mereka mengambil anak angkat iaitu Musa, namun telah berpisah pada bulan Ogos 2022.

Sumber: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *