Lelaki Ini Terkejut Dijemput Kereta Mercedes Mewah Sedangkan Hanya Tempah e-Hailing Biasa Jer

Kebanyakan warga kota gemar untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja atau mana-mana destinasi lain walaupun terpaksa menggunakan kos yang sedikit tinggi.

Bayangkan apakah perasaan anda apabila dapat kenderaan yang ditempah dalam aplikasi e-hailing merupakan kereta berjenama mewah?

Sudah pasti merasa kagum, umpama menerima layanan seperti orang kenamaan (VIP).

Tambahan rasa kagum lagi apabila melihat pemandu e-hailing berkenaan adalah seorang warga emas.

Baru-baru ini, begitulah situasi yang dialami seorang pemuda yang menempah perkhidmatan e-hailing menerusi syarikat Grab.

Lelaki tersebut meluahkan rasa terkejut apabila dijemput oleh sebuah kereta Mercedes model C200 yang dipandu oleh seorang warga emas berbangsa Cina itu. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman media sosialnya.

Ini betul ke tak betul? Mercedes bawa grab! Sampai hotel orang pun pening, uncle. You punya kereta cantik.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui warga emas berkenaan bukan calang-calang orang walaupun memandu e-hailing.

Pemandu berkenaan turut mendedahkan bahawa dia mempunyai beberapa buah kereta mewah yang lain. Menurut warga emas tersebut, dia menjadi pemandu e-hailing kerana bosan dan tidak betah berada di rumah sahaja tanpa melakukan apa-apa.

Duduk rumah susahlah… tidur. Aiyaa tak boleh tahanlah.

Perkongsian itu meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan sikap rendah diri pemandu warga emas itu.

Sekadar tambahan, harga bagi sebuah Mercedes C200 adalah RM292,000 ke atas.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *