Uchop Ahmad Akui Ramai Tak Kenal Dirinya, Berkerja Keras Untuk Bayar Hutang

Penyanyi Uchop Ahmad memberitahu dirinya masih aktif dalam bidang nyanyian, setelah sekian lama menyepi sejak menjuarai program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada tahun 2012.

Uchop atau Mohd Yusof Ahmad, 40, berkata dia masih menerima tawaran nyanyian di acara-acara kecil dan persendirian.

Saya masih ada dalam industri cuma kurang perhatian daripada pihak radio mahupun televisyen. Ada masuk tapi tidak selalu.

Saya sebenarnya terkejut juga bila pergi sesebuah acara ada yang tak kenal saya tapi bila mereka dengar saya menyanyi baru mereka tahu saya ini Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Mungkin saya kena lebihkan konten saya menyanyi tapi konten saya memang lebih kepada budak-budak motorsikal sahaja,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun mengenai kehidupannya, Uchop berkata dia juga pernah berdepan dengan kesempitan hidup sehingga terpaksa meminjam wang daripada orang sekelilingnya.

Oleh itu, Uchop sama sekali tidak pernah berputus asa untuk terus mencipta nama dalam industri seni dan perlu berkerja keras bagi menyara keluarganya.

Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang terasa bila tiada tawaran… memang cukup-cukup makan. Walaupun tak cukup masih lagi boleh bayar sewa rumah. Kadang-kadang ada juga hutang orang yang saya tak bayar.

Jujur cakap memang ada tapi lambat mana pun saya akan bayar juga. Tapi kena kerja kuat… 200 peratus untuk dapatkan apa yang saya nak,” kongsinya.

Uchop mengakui pernah berputus asa dengan industri, bagaimanapun dia terus bangkit selepas menerima semangat daripada Datuk Hattan dan Datuk Awie.

Saya sebenarnya lebih kepada genre rock, mungkin rock agak kebelakang sebab kita masih ada kumpulan Wings, Search… yang legend dan masih wujud.

Saya sebagai orang baharu nak ke sana itu agak susah tapi Alhamdulillah saya berterima kasih kepada Datuk Awie dan Datuk Hattan yang banyak beri semangat kepada saya.

Sebenarnya ada rasa nak mengalah… beberapa kali juga saya rasa nak balik kampung. Tapi saya jual bakat bukan konten jadi saya nak ketengahkan lagi bakat saya supaya makin dikenali.

Manakala, jika diberikan peluang dia juga menyimpan hasrat untuk menyertai Gegar Vaganza (GV).

Saya pun ada impian juga nak masuk Gegar Vaganza (GV) kalau ada rezeki. Saya rasa itu adalah peluang terakhir dalam karier saya,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *