Pelakon Sharnaaz Ahmad memberikan pesanan khas kepada netizen tentang isu jambang yang berkait dengan kisah pensohor media sosial yang berkahwin dua baru-baru ini
Di TikTok Sharnaaz berkata, dia tidak kisah jika pensohor media sosial itu disamakan dengan satu animasi iaitu larva kuning.
Namun begitu, jangan ‘disentuh’ soal jambang kerana seluruh persatuan jambang akan mengambil tindakan jika masih ‘dipetik’ menurutnya.
Hi Assalamualaikum. Dengar sini. Kalau nak petik muka macam larva, tak ada masalah. Tapi jangan petik pasal jambang tau. Seluruh persatuan jambang akan mengambil tindakan!
Terlebih dahulu, netizen meyamakan wajah pensohor media sosial itu dengan larva kuning setelah diedit dengan jambang dan topi

Sebelum ini pensohor media sosial ini dilaporkan telah mengumumkan bahawa telah bernikah buat kali kedua bersama seorang wanita di luar pengetahuan isterinya yang juga ‘influencer’ dan usahawan.
Sumber: TikTok