Apa lagi kisah Hidayah a.k.a bekas kakak ipar Ali Puteh ni? Hidayah memperingatkan sekali lagi pada pelawak berkenaan untuk membayar wang saman serta sekali gus melenyapkan sengketa yang wujud dia anatara mereka berdua.
Nor Hidayah Mohd Ali,31,berkata,dia bukan seorang yang tamak tetapi hanya mahu menuntut hak yang sepatutnya perlu diberikan kepada anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4 tahun.
Harapan saya cuma dia selesaikan apa yang perlu dia lunaskan dan kami akan buat haluan masing-masing.
Perkara ini sudah berlarutan dan dari pihak saya pun tidak mahu bermusuhan kerana Hamzah pun anak saudara dia juga.
Saya mahu minta hutang sahaja. Hutang itu ntuk anak saya bukan saya. Saya tidak tamak pun sebab saya pun ada harta kerana ada perniagaan sendiri,” katanya samasa ditemu bual menerusi program Melodi pada hari Ahad.
Nor Hidayah doakan perniagaan Ali Puteh berjaya…
Hidayah juga berkata bahawa dia tidak mahu bermusuh dengan Ali dan juga turut mendoakan agar perniagaan yang diusahankan oleh Ali terus maju.
Walaupun begitu, Hidayah mahu Ali secepatnya menyelesaikan pembayaran agar isu ini tidak berlarutan lebih lama.
Saya mahu yang terbaik kerana saya juga tidak mahu perkara ini terjadi. Saya tahu kalau arwah (suami) masih ada lagi mesti dia sedih kerana anak masih kecil lagi.
Kalau boleh biarlah hubungan keluarga kami berbaik. Kepada adik ipar, Ali saya doakan perniagaan dia semakin berjaya.
Bila dah berjaya bayar sahaja hutang saya kerana tidak mahu kes ini berpanjangan,” katanya.

Peguam mewakili Hidayah tidak berniat untuk mengambil tindakan…
Diantara itu juga, peguam yang mewakili Hidayan iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad memberitahu bahawa pihak mereka tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut terhadap Ali yang masih lagi belum membuat sebarang pembayaran saman.
Ini disebabkan status Ali sebagai bapa saudara kepada Hamzah, namun tidak juga teragak-agak akan mengambil tindakan lanjut sekiranya pelawak itu gagal membayar samannya.
Kami juga tidak tahu kemampuan kewangannya bagaimana. Kami sebenarnya tidak mahu terlalu agresif mengambil tindakan kerana memandangkan dia masih lagi bapa saudara kepada Hamzah.
Tapi sekurang-kurangnya dia ada usaha untuk cuba membayar kerana bayaran yang dibuat itu juga merupakan untuk anak saudaranya sendiri.
Kami kalau boleh tidak mahu mengambil tindakan undang-undang lebih lanjut, tetapi kalau tidak ada pilihan lain, kami akan mengambil arahan lanjut untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Untuk pengetahuan korang, Hidayah sebelum memfailkan saman fitnah terhadap Ali pada Mei 2020 selepas dia mengatakan Hidayah sebagai orang yang tidak bertanggungjawab.
Selepas dua tahun turun naik Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 18 Februari tahun lalu mahkamah memutuskan bahawa Hidayah menang kes tersebut dan Ali pula dituntut untuk membayar ganti rugi iaitu sebanyak RM60,000.
Sumber: mStar